Wednesday, June 2, 2010

:: Mana Lesen??? ::

Kenapa perlunya mendaftarkan diri ke kelas memandu yg bertauliah? Inilah akibatnya kalau pandu kereta sebelum belajar memandu secara formal..
Kena pulak yg mengajar xde pengalaman..
Student lambat tekan brake cikgu dah menjerit cuak.
Apalagi.. student naik panic nak tekan brake terus tertekan minyak.

Bahayanya, apa yg ada di hadapan habis dirempuh.
Dalam kes ni tembok di hadapanlah yg jadi mangsa.
Nasib baik x runtuh rumah tu...

Mujur juga xsondol kereta merah kat depan tu...
Kalau kena lagi besar belanja yg nak kena keluar..

Inilah rupa Xtrail selepas kemalangan..
Dapat bayangkan betapa kuat hentaman nya??
Kalau kancil lagi remuk..

Sebab tu sebelum buat sesuatu kena pikir panjang-panjanggggg...
supaya taklah tersengeh-sengeh bila dah berlaku mcm ni..
Lebih teruk lagi reka cerita utk tutup punca kesalahan.. Haihh..

Friday, March 26, 2010

.: JOE LOMBOK MY HERO :.

Seperti biasa bila potong rumput di halaman rumah, kami akan potong sekali lalang halaman jiran sebelah yang masih belum dibina rumah. Bukan apa, takut kalau ada binatang berbisa buat sarang kat tanah yg dipenuhi lalang tu...


Joe ni pulak pantang ada orang buat kerja, mulalah diapun sama menyebuk. Pastu Joe macam nampak sesuatu kat kawasan semak tu...

Apa tu Joe?

Apa saja yg di kais2 oleh Joe tu?


"Alamak.. mana dia pegi ni?" kata Joe

Hah dapat pun...!

Abah! Cepat telefon Pertahanan Awam (911)! Ada ular ni...


Dalam masa 5 minit anggota penyelamat Pertahanan Awam pun tiba.
Cepat jugak la... Efisyen sungguh.. Pejabatnya kat belakang kawasan UDA je..


Mereka mula mengepung...


Tak sampai seminit ular sawa dpt ditangkap... Memang cekaplah dia org ni..

Mulutnya ternganga nak menyerang...

Tu dia...

Cameraman snap dari jauh je sbb takut nak dekat. Geliiiii...



BeSar tu...

Walaupun mereka ni biasa tangkap ular tapi cuaklah jugak...

Siap guna kaki nak tutup kandang ular tu...

Berat ular2 ni...

Boleh nampak tak badan Akak seluar hijau tu macam geli geleman??


Ada 3 ekor semuanya. Ni lah yg kami takut bila kawasan rumah sebelah tak dijaga oleh tuan tanahnya... Tak boleh nak fikir macam mana kalau ular2 ni ngap Joe dan Milo yg suka main kat semak tu... Montel (kucing jiran) dah hilang kata tuannya. Mungkin hilang sebab dibaham ular sawa ni... Kesian... Terima kasih Joe & anggota penyelamat 911..

Wednesday, October 14, 2009

12 TAHUN DULU dan KINI

Masa berlalu terlalu pantas. Kunjungan kami sekeluarga ke Gold Coast, Australia 12 tahun dulu mengundang kami utk berkunjung lagi... Lihatlah perbezaan dulu dan sekarang..

Bergambar di verandah hotel. Tak banyak bezakan?

Noi dan Effy dah jadi anak dara & bujang...

Masa kecik senang nak kendali. Dah besar...

Dulu nak tengok anak kena menunduk ke bawah.
Skrg kena mendongak ke atas!

Masa kecik "Peace No War", Dah besar "War No Peace"...
Pening mak bapak!

Tetap loving... (Luaran je tu...)

Ex Girlfriend. Jumpa balik...

Empat orang yang terus membesar...

Dulu Kelembai, skrg Machoo..

Dulu Koala lagi besar... Sekarang apa dah jadi?

Di lokasi yang sama, pintu masuk Movie World. Tak berubah...

Flash dengan uniform baru...

Dah xmuat nak menenggek tepi kereta. Diri ajela...

Masih cari watak kartun utk gambar bersama....

Kereta x berubah. Orgnya aje yg berubah...

Dulu sebaya dgn kanggaroo... Sekarang...
"Apong baik2 terhempap kanggaroo tuh..."

Ruang legar di pintu masuk Dream World

Dulu Poyo skrg Payah...

Pintu masuk Sea World. Juga xbyk berubah...

Koboi...

Pacific Fair...
Masihkah ada ruang utk kami berkunjung lagi???

Saturday, December 6, 2008

.:: Ragam Dunia ::.

Abang Joe.. (Nada manja)

Si Montel rupanya...

Ni kena cover cun ni...

Dah mula perasan la si Montel ni...

Camner aku nak tarik perhatian abang Joe ni...

Nak tarik perhatian aku konon... Kena buat jual mahal sikit la...

Montel2... Pancing aku dah mengena nampaknya... Hehehe

Alamak! Bini dia datangla... (Muka cuak)

Hei pompuan! Apa ko buat ngan laki aku ha!
Ko ngorat dia ya!

Laki ko yang gilerkan akulah pompuan tua!

Ko blah cepat! Sebelum aku cepuk ko!



Ni la ragam dunia... Masa aku muda dulu macam-macam janji abang Joe padaku. Bila da beranak 7 mulalah abang Joe nak cari yang baru. Yang muda dan yang montel... Huhuhu..

Apa komen pembaca2 blog?
Kalau malas nak komen tolong buat undian kat bahagian .:: Nak Salahkan Siapa? ::. (Kat atas sekali sebelah kanan)